Tuesday, January 11, 2011

::Permulaan 2011 yang cukup indah::

Salam...



Hai.. dah 11 hari kita dalam tahun baru.. harini baru ada kesempatan nak "UPDATE" blog sbb terlalu busy.. maklum awal tahun ni sekolah baru buka dan keje sangat-sangat banyak. Macam-macam benda kena buat..itu dan ini.  harini nak cerita pasal permulaan tahun 2011 yang indah. Indah bukan sebab apa, semangat nak mengajar tu lebih tinggi, tambah pulak tahun ni diberi peluang untuk mengajar tingkatan 5. Sangat mencabar bagi seorang guru baru yang baru setahun jagung dan mengajar subjek bukan opsyen. 

Walaupun pada awalnya susah untuk menerima subjek yang bukan opsyen tapi sehinggalah masuk tahun ke-2, minat tu datang dengan sendirinya. Nak mengajar budak-budak kampung ni bukan senang, nak2 aku bukan orang tempatan. Tapi aku anggap ini 1 cabaran dan peluang terbesar untuk aku.

Selain daripada tu, perasaan aku sangat gembira apabila kawan2 baik aku Ina & Ayu akan menamatkan zaman bujang dieorg. Aku sangat-sangat gembira walaupun hanya tinggal aku sorg je yang masih bujang..hehehehe..Tapi aku tak kisah sbb Janji Allah pada hambaNya tetap akan ditunaikan walaupun lambat. Kena percaya pada Qada' dan Qadar.. Insyaallah.. Sebenarnya aku tak sabar nak tengok Ina & Ayu naik pelamin. Walau ape pun aku doakan yang terbaik untuk kawan-kawan aku....insyaallah suma akan berjalan dengan lancar.;) ok la..itu saja setakat ini... see ya...