Thursday, June 9, 2011

.:: Betulkan kesilapan..bukan menyalahkan sesiapa::.

Salam....

Hai..dah lama rasanya tinggalkan blog...harini rasa nak menulis sikit tentang apa yang dah berlaku disekeliling.. Kadang-kadang apa yang berlaku disekeliling adalah kesilapan yang dilakukan sendiri tanpa disedari. Bagi aku sendiri, apabila berlaku sesuatu kejadian, kita sendiri kena fikir balik apa yang dah kita buat..apa silap yang dah kita buat dan jangan sesekali menunding jari pada orang lain.....

Kita ni manusia biasa, membuat kesilapan adalah perkara biasa.. mana ada manusia sempurna kan?? Tapi setiap yang berlaku janganlah hanya nak menyalahkan orang lain saja... berfikir sejenak, tenangkan fikiran dan ingat kembali pada apa yang telah berlaku... Sesuatu terjadi ada sebabnya... Apabila terjadinya sesuatu perkara yang tidak diingini, tanyalah dulu diri sendiri dan bukan menyalahkan orang lain...


Dari apa yang berlaku kita ambil iktibar supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi. Percayalah setiap kejadian yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi...itu pasti....insyaallah...  Dan pastinya mendengar cerita dari kedua-dua belah pihak adalah cara yang terbaik dan profesional supaya tidak ada tindakan berat sebelah.. aku suka sangat cara ni supaya adil pada semua orang..

Bertindak dengan mendiamkan diri apabila dikecam, dikutuk dan dihina juga adalah tindakan yang baik supaya kita sendiri tidak terjebak dalam apa-apa jua jenis tindakan yang tidak munasabah.. Biarkan orang lain  membuat penilaian kerana dengan berdiam diri tidak bermakna kita menyerah kalah.. kerana, berdiam diri juga adalah cara kita mengumpul maklumat. tak perlu mencanang cerita-cerita yang tidak betul untuk meraih simpati orang lain.. Itu akan menampakan kelemahan kita sendiri.. Pecayalah Allah akan menunjukkan sedikit demi sedikit kebenaran...Insyaallah.....

Ini adalah ikhtibar yang perlu kita ambil dari setiap apa yang berlaku supaya kita dapat memperbaiki diri sendiri supaya menjadi insan yang terbaik... setiap yang berlaku sangat memberi pengajaran supaya berhati-hati mengenal siapa kawan dan siapa lawan.... see ya.....;)