Wednesday, February 29, 2012

.:: Pening Tengok Nombor ::.

Salam..

Hai.. Salam Khamis... dah masuk hari khamis dah harini. Memang cepat masa berlalu sekarang kan? Apapun Syukur Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk menghirup udara segar. Harini Temerloh diselubungi kabus yang tebal. Ala-ala kat Cameron Highlands dah aku rasa, sejuk dan nyaman masa dalam perjalanan pergi kerja pagi tadi.

Harini aku nak cerita tentang nombor. Kenapa nombor?? Aku sebenarnya dari zaman belajar lagi memang aku lembab sikit kalau bab-bab nombor ni. Tapi tak la sampai "fail" subjek matematik cuma kadang-kadang kalau lama sangat berhadapan dengan nombor, aku akan pening. Sebenarnya sekarang aku tengah membuat borang pesanan Buku Teks untuk kegunaan tahun hadapan jadi sekali lagi aku dilanda Pening sebab jumlah buku yang banyak dan ramai. Aku berhenti rehat sekejap dan sambil mengupdate blog ni sebab dah terasa pening-pening di kepala. Kelakar.. tapi itu lah hakikat aku yang berdarah seni ini. Orang seni memang tak suka pada nombor ( yang aku survey la..hehehe)


Macam ni lah keadaan aku sekarang.. hehehe

Ini adalah pengalaman pertama aku sejak masuk dalam bidang perguruan ni memesan buku teks dan kerja-kerja pesanan ini sangat rumit kerana bermain dengan nombor. Kadang-kadang rasa ingin menjerit tetapi ini adalah tugas yang perlu aku galas dalam mencari rezeki yang halal. Insyaallah..

Tapi apa yang aku buat adalah 'ENJOY' dengan kerja yang diberikan dan sentiasa IKHLAS dalam melakukan tugasan. Dengan rahsia itulah aku sentiasa sihat dan tenang sepanjang hari. Aku baru tahu rahsia yang tersembunyi ini selepas aku mengalami bulan sakit. Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana memberi petunjuk dan ketenangan. Hingga bertemu lagi.. See ya...

No comments:

Post a Comment