Friday, February 17, 2012

.:: TARGET untuk 2012 ::.

Salam...

Hari ni dah pun masuk hari sabtu ( 18.2.2012). Cepatnya masa berlalu kan? Tapi keadaan diri masih tidak berubah. Tapi aku rasa masih belum terlambat untuk aku capai target diri sendiri sepanjang tahun 2012 ni. Masuk je tahun 2012, aku sudah pasang azam baru untuk memulakan hidup yang lebih bahagia dan gembira. Walaupun kekadang dugaan dan cabaran datang silih berganti, tidak kira dari segi masalah peribadi dan masalah di tempat kerja, namun setiap dugaan aku lalui dengan tabah dan redha. Insyaallah. Syukur pada yang Maha Esa kerana memberi kekuatan untuk aku meneruskan hidup sebagai seorang Pendidik dan seorang Hamba yang serba kekurangan.


Target untuk tahun ini ada banyak tapi nak dapatkan atau merealisasikan 2 benda penting dalam hidup. 2 benda ni dah lama aku idam-idamkan tapi masih belum tercapai kerana mementingkan hal-hal lain. Insyaallah aku akan merealisasikan tahun ini dengan keizinan Allah S.W.T. dan rezeki dariNYA. Target yang pertama adalah untuk mendapatkan CAMERA DSLR Persendirian, bukan lagi yang dipinjam-pinjam.. hehehe.. Disebabkan diri ini suka sangat bergambar dari zaman kanak-kanak, aku berazam untuk dapatkannya tahun ini jugak. Lagipun senang nanti kakak dan abang aku nak kawin tak payah nak pakai Jurugambar bagai sebab aku boleh ambilkan gambar dieorang.. hehehe.. Insyaallah.. Sebenarnya dah lama idam-idamkan DSLR ni tapi memandangkan Camera masa zaman belajar kat UiTM dulu masih boleh digunakan lagi, aku simpan dulu angan-angan untuk memilikinya. Harap-harap dalam masa terdekat ni adalah rezeki itu... Amin. :)

Inilah Camera yang diidam-idamkan :)




Target yang ke-2 adalah untuk tukar Mr. Black kepada Ms. White. Dari tahun lepas jugak pasang angan-angan nak tukar kereta tapi masih belum ada rezeki dan atas nasihat keluarga, aku kena tolak tepi dulu untuk memiliki Ms.White. Banyak lagi benda-benda penting yang aku kena dahulukan sebelum mendapatkan Ms. White. Insyaallah, seandainya KWSP boleh dikeluarkan tahun ni, aku akan segera tukarkan Mr. Black kepada Ms. White. Sebenarnya sayang sangat nak tukar Mr.Black tu sebab dah masuk 5 tahun bersama-sama susah dan senang, tapi atas  masalah kesihatan yang tidak mengizinkan untuk 'Drive' kereta manual, aku akan gagahkan jugak untuk dapatkan Ms. White. Semoga pintu rezeki terbuka untuk aku tahun ini dan akan datang. Insyaallah.. Amin.. See ya..

Kereta Idaman.. :)

No comments:

Post a Comment