Friday, February 17, 2012

.:: Bulan SAKIT ::.

Salam.....

Hai... setelah 2 minggu menyepi.. hari ini aku kembali.. Baru pasang azam nak sentiasa UPDATE blog tapi tergendala juga disebabkan masalah kesihatan.  Bayangkan dari persekolahan bermula hingga lah hari ini dah 3 kali aku dapat MC dari Doktor. Mungkin salah satu sebab aku sakit ialah STRESS dengan persekitaran baru di tempat kerja baru. Doktor pun cakap macam tu. Aku sendiri pun dapat rasa yang aku "Hyper Stress".  



Aku mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri untuk masuk ke dalam Oganisasi yang baru. Segalanya baru dan aku hampir-hampir putus asa di tempat yang baru. Semangat dan dorongan dari keluarga, sahabat karib dan orang tersayang sangat bermakna kerana sebab mereka-mereka inilah yang membuat semangat aku pulih kembali. Terima Kasih semua. LOVE u All..




Alhamdulillah setelah 2 minggu mengalami demam selesema, batuk dan sebagainya, hari ni  bertambah baik walaupun hari ni kena follow kat Hospital sebab masalah Kahak Berdarah.. Tadi kena X-Ray sebab takut suspek TIBI...Alhamdullilah semuanya baik-baik aja.. Doktor cakap alahan pada ubat batuk. Tapi still kena follow up kat Hospital Temerloh pulak... Harap-harap semua akan OK... Insyaallah....Amin.. dan mengharapkan selepas ini kesihatan akan bertambah baik dan gembira disamping INSAN-INSAN yang tersayang...  See ya..

No comments:

Post a Comment