Thursday, March 1, 2012

.:: Terbaik Dari SK II ::.

Salam...

Hai ... Salam Jumaat. Minggi ni nampak macam rajin sikit meng'update' blog kan? hehehe.. Ada masa terluang, aku akan cuba UPDATE sebaik mana yang mungkin. Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Mac, sekejap je masa berlalu. Semoga hari-hari kita dipermudahkan oleh Allah SWT, Insyaallah.

Hari ini aku nak cerita sikit tentang Produk Sk II yang aku dah pakai masuk tahun ke 3. Sebelum ni aku dah pernah tulis entri pasal SK II tapi hari ini aku nak share pengalaman aku memakai produk ni. Selama 3 tahun aku pakai produk ni memang tak banyak masalah cuma masalahnya adalah 'kekeringan wang ringgit'.. hehehe. Bagusnya produk ini sebab dia tahan lama, kadang 1 produk tu tahan selama setahun kerana pemakaianya cuma waktu pagi dan malam sahaja, itu cukup memadai.

Produk yang aku nak tekankan disini ialah Maricle Water Pitera ( Air Ajaib ) yang sangat berfungsi melembutkan dan menyegarkan kulit. Biasanya aku akan pakai waktu sebelum tidur dan apabila bangun dari tidur, kulit akan segar dan halus. Pengalaman ini aku dapat apabila berjumpa dengan sahabat baik, dia tiba-tiba cakap 'lembutnya kulit' bila kami bersalaman erat. Aku sungguh teruja dengan pujian itu. Ini bermakna, produk yang mahal ini bukan sahaja mahal malah berfungsi dengan baik. Sanagt berbaloi apabila memakainya. Insyallah..

Ini Maricle Water yang boleh melebutkan kulit

  
Untuk percubaan pertama, pada siapa-siapa yang berminat, bolehlah mulakan dengan Facial Treatment Essence ni @ Maricle Water. Harga sebotol kecil 75ml ialah RM199, tetapi penggunaanya bertahan selama setahun. Jadi, aku rasa harganya sangat berbaloi dan jimat. Buat masa sekarang, aku hanya stay dengan 3 produk SK II iaitu, Facial Treatment Essence, Facial Treatment Cleanser dan Facial Treatment Clear Lotion. 3 produk ini sudah memadai untuk aku mendapatkan kulit yang cantik. Tapi niat masih ada untuk memakai produk-produk lain dari SK II, insyaallah.

Ini 3 produk yang aku dah gunakan dan sedang menggunakannya 

 Bagi yang ingin mencuba produk ini, silalah mendapat khidmat nasihat di Kaunter-kaunter SK II berdekatan anda. Nanti kita boleh sama-sama share pengalaman menggunakan SK II. Tak sabar nak dengar pengalaman manis anda semua. See ya... :)

Wajah selepas penggunaan SK II :)

wajah sebelum guna SK II :)