Wednesday, February 22, 2012

.:: REUNION!! ::.

Salam ....

Hai, bertemu kita kembali di hari rabu yang indah ini. Sekejap je rasa masa berlalu. Harini pun dah masuk Rabu yang seterusnya. Alhamdulillah, syukur kepada nikmat yang Allah berikan kerana masih berkesempatan berada dalan keadaan sihat sejahtera. Minggu ni aku nak cerita pasal Reunion kecil-kecilan yang telah diadakan Di Santai Restaurant, Tanjung Lumpur , Kuantan bersama-sama dengan Ex-classmate tahun 1995-1998 di SMATAF, Pekan, Pahang. Walaupu Reunion ni kecil-kecilan sahaja tapi kemeriahannya sangat terasa sebab lama sangat dah tak jumpa. Kalau berhubung pun melalui Facebook. :)


Ex-classmate 1995-1998

Sebenarnya Reunion ni dicadangkan oleh Didie yang kebetulan ada mesyuarat di Pekan. Jadi setelah membuat perbincangan melalui BBM Group, maka ramai yang bersetuju untuk join Reunion kecil-kecilan ini. Aku hampir tidak dapat menghadirkan diri kerana ada masalah kesihatan. Tetapi memandangkan dah lama sangat tak jumpa dengan kawan-kawan 'Kamceng' time sekolah dulu, aku gagahkan untuk pergi. Alhamdulillah, malam yang dijanjikan tu aku dikurniakan kesihatan yang baik. Jadi aku tidak akan melepaskan peluang untuk pergi ke Majlis Reunion tu.


Menjamu selera.....

Seronok sangat dapat jumpa dengan kawan-kawan lama. Bersembang tentang hal rumah tangga, kerjaya, cerita-cerita zaman persekolahan, sangat menggembirakan. Malam tu dipenuhi dengan gelak tawa yang berpanjangan serta hidangan makanan yang sedap-sedap belaka. Alhamdulillah, Reunion kali ini ditaja oleh Didie.. Thanks Didie sebab sudi memayungi kami di malam itu. Semoga murah rezeki, Insyaallah.

Pelbagai menu..sedapppp..

Sekali sekala buat Reunion macamni best jugak. Dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim. Sebenarnya, kami rapat dari tingkatan 1 lagi sehinggalah selepas dapat result PMR yang tak seberapa itu, masing-masing membawa haluan untuk bertukar sekolah. Aku antara orang yang terawal meninggalkan SMATAF kerana mengikut keluarga berpindah ke RAUB, dan ini keputusan yang aku sendiri buat untuk bertukar ke sekolah harian biasa. Jadi bayangkan dari habis tingkatan 3, ada antara mereka ini baru aku dapat jumpa semula. Dan aku akan rindukan suasana zaman belajar disekolah menengah kerana disitu bermulanya zaman yang menggembirakan.. Banyak suka duka kami tempuhi bersama. Kalau dapat kumpul 1 kelas lagi best. Insyaallah, akan datang kita akan plan yang lagi gempak. Sehingga jumpa lagi.. See ya.. :)

No comments:

Post a Comment