Tuesday, February 28, 2012

.:: Alkisah APAM Polkadot ::.

Salam, hai... bertemu kembali pada hari rabu yang indah ini. Macam dirancang pulak aku akan UPDATE blog pada setiap minggu hari rabu.. Hehehe.. Bukan apa, hari rabu je yang aku banyak masa terluang. Hari aku nak cerita Alkisahnya Apam Polkadot. Sebenarnya dah lama nak tulis entri ni tapi asyik lupa aje.  Bukannya apa, sekadar nak share pengalaman buat kuih moden ni.

Dah lama duk baca blog kawan-kawan blogger yang tunjuk cara-cara nak buat Apam Polkadot ni. Pada mulanya aku hanya mengambil inisiatif untuk tanya resepi Apam ni dengan mak aku sahaja. Sebenarnya untuk pengetahuan semua, aku tak tahu langsung cara nak buat Apam Polkadot ni tapi setelah belajar dari blog, aku berjaya menghasilkan Apam Polkadot yang sangat cantik dan sedap. Minat nak buat Apam Polkadot ni sebab masa tu dalam cuti sekolah lagi dan aku hanya menghabiskan masa di rumah. Bila dah boring tu, macam-macam lah idea nak buat itu ini datang menjelma.

Untuk pengetahuan semua, percubaan kali pertama membuat Apam Polkadot ni memang tidak berjaya. Ini adalah disebabkan aku yang sangat teruja nak buat Apam Polkdaot sampai aku tak perasan banyk barang yang aku perlu gunakan dalam membuat Apam Polkadot ni. Punya lah hampa aku bila tengok apam tu mengembang dan merekah. Ini dah macam apam jepun rasanya. Kelakar sangat tenguk rupa bentuk apam tu. Keesokkan harinya tampa rasa berputus asa aku teruskan semangat yang ada untuk membuat Apam Polkadot yang diidam-idamkan. Sebelum tu, aku pergi ke pasaraya untuk mendapatkan bahan-bahan membuat Apam Polkadot yang cukup dan sempurna.


Cubaan Ke-2 ku...

Dengan semangat yang waja & perasaan teruja yang membuak-buak, maka terhasillah Apam Polkadot yang aku idam-idamkan selama ini.. Bila aku buka je tudung pengukus alangkah gembiranya hati aku bila Apam yang aku tunggu-tunggu dah pun jadi. Aku menjerit keriangan dan kalau nak tahu sepanjang hari aku tersenyum lebar sebab Apam yang dihasilkan sangat cantik ( pada aku la) hehehe. Selang beberapa hari, dengan tidak disangka-sangka aku menerima tempahan pertama dari seorang kawan kepada adik aku. Alhamdulillah rezeki ALLAH. Gembira tidak terkata sebab baru aja berjaya buat dah ada pelanggan. Dan selepas  itu, makin ramai yang datang untuk menempah, terutramanya dari kalangan ahli keluarga.


untuk pelanggan pertama...

Resepi Apam Polkadot ni aku perturunkan kepada Mak dan adik perempuan untuk meneruskan bisnes kecil-kecilan ini sebab aku kurang masa nak buat Apam ni kerana terlalu banyak kerja disekolah. Rasa gembira sangat bila apa yang kita nak buat menjadi. Jadi, hari ini aku nak share dengan semua resepi Apam Polkadot yang rasanya sangat sedap. Kredit kepad blogger yang bagi resepi ni kat aku. Tapi aku tak ingat nama dia. Enjoy dan selamat mencuba.. See ya.. :)


Resepi Apam Polkadot

3 biji telur (yg disejukkan dlm peti ais)
3 cawan tepung gandum
2 1\2 cawan gula halus
1 sudu the Overlatte
3 sudu baking powder
1 cawan susu segar/ susu cair
Pewarna
(Boleh letak jem juga didalamnya)

No comments:

Post a Comment