Wednesday, February 29, 2012

.:: Pening Tengok Nombor ::.

Salam..

Hai.. Salam Khamis... dah masuk hari khamis dah harini. Memang cepat masa berlalu sekarang kan? Apapun Syukur Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk menghirup udara segar. Harini Temerloh diselubungi kabus yang tebal. Ala-ala kat Cameron Highlands dah aku rasa, sejuk dan nyaman masa dalam perjalanan pergi kerja pagi tadi.

Harini aku nak cerita tentang nombor. Kenapa nombor?? Aku sebenarnya dari zaman belajar lagi memang aku lembab sikit kalau bab-bab nombor ni. Tapi tak la sampai "fail" subjek matematik cuma kadang-kadang kalau lama sangat berhadapan dengan nombor, aku akan pening. Sebenarnya sekarang aku tengah membuat borang pesanan Buku Teks untuk kegunaan tahun hadapan jadi sekali lagi aku dilanda Pening sebab jumlah buku yang banyak dan ramai. Aku berhenti rehat sekejap dan sambil mengupdate blog ni sebab dah terasa pening-pening di kepala. Kelakar.. tapi itu lah hakikat aku yang berdarah seni ini. Orang seni memang tak suka pada nombor ( yang aku survey la..hehehe)


Macam ni lah keadaan aku sekarang.. hehehe

Ini adalah pengalaman pertama aku sejak masuk dalam bidang perguruan ni memesan buku teks dan kerja-kerja pesanan ini sangat rumit kerana bermain dengan nombor. Kadang-kadang rasa ingin menjerit tetapi ini adalah tugas yang perlu aku galas dalam mencari rezeki yang halal. Insyaallah..

Tapi apa yang aku buat adalah 'ENJOY' dengan kerja yang diberikan dan sentiasa IKHLAS dalam melakukan tugasan. Dengan rahsia itulah aku sentiasa sihat dan tenang sepanjang hari. Aku baru tahu rahsia yang tersembunyi ini selepas aku mengalami bulan sakit. Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana memberi petunjuk dan ketenangan. Hingga bertemu lagi.. See ya...

Tuesday, February 28, 2012

.:: Alkisah APAM Polkadot ::.

Salam, hai... bertemu kembali pada hari rabu yang indah ini. Macam dirancang pulak aku akan UPDATE blog pada setiap minggu hari rabu.. Hehehe.. Bukan apa, hari rabu je yang aku banyak masa terluang. Hari aku nak cerita Alkisahnya Apam Polkadot. Sebenarnya dah lama nak tulis entri ni tapi asyik lupa aje.  Bukannya apa, sekadar nak share pengalaman buat kuih moden ni.

Dah lama duk baca blog kawan-kawan blogger yang tunjuk cara-cara nak buat Apam Polkadot ni. Pada mulanya aku hanya mengambil inisiatif untuk tanya resepi Apam ni dengan mak aku sahaja. Sebenarnya untuk pengetahuan semua, aku tak tahu langsung cara nak buat Apam Polkadot ni tapi setelah belajar dari blog, aku berjaya menghasilkan Apam Polkadot yang sangat cantik dan sedap. Minat nak buat Apam Polkadot ni sebab masa tu dalam cuti sekolah lagi dan aku hanya menghabiskan masa di rumah. Bila dah boring tu, macam-macam lah idea nak buat itu ini datang menjelma.

Untuk pengetahuan semua, percubaan kali pertama membuat Apam Polkadot ni memang tidak berjaya. Ini adalah disebabkan aku yang sangat teruja nak buat Apam Polkdaot sampai aku tak perasan banyk barang yang aku perlu gunakan dalam membuat Apam Polkadot ni. Punya lah hampa aku bila tengok apam tu mengembang dan merekah. Ini dah macam apam jepun rasanya. Kelakar sangat tenguk rupa bentuk apam tu. Keesokkan harinya tampa rasa berputus asa aku teruskan semangat yang ada untuk membuat Apam Polkadot yang diidam-idamkan. Sebelum tu, aku pergi ke pasaraya untuk mendapatkan bahan-bahan membuat Apam Polkadot yang cukup dan sempurna.


Cubaan Ke-2 ku...

Dengan semangat yang waja & perasaan teruja yang membuak-buak, maka terhasillah Apam Polkadot yang aku idam-idamkan selama ini.. Bila aku buka je tudung pengukus alangkah gembiranya hati aku bila Apam yang aku tunggu-tunggu dah pun jadi. Aku menjerit keriangan dan kalau nak tahu sepanjang hari aku tersenyum lebar sebab Apam yang dihasilkan sangat cantik ( pada aku la) hehehe. Selang beberapa hari, dengan tidak disangka-sangka aku menerima tempahan pertama dari seorang kawan kepada adik aku. Alhamdulillah rezeki ALLAH. Gembira tidak terkata sebab baru aja berjaya buat dah ada pelanggan. Dan selepas  itu, makin ramai yang datang untuk menempah, terutramanya dari kalangan ahli keluarga.


untuk pelanggan pertama...

Resepi Apam Polkadot ni aku perturunkan kepada Mak dan adik perempuan untuk meneruskan bisnes kecil-kecilan ini sebab aku kurang masa nak buat Apam ni kerana terlalu banyak kerja disekolah. Rasa gembira sangat bila apa yang kita nak buat menjadi. Jadi, hari ini aku nak share dengan semua resepi Apam Polkadot yang rasanya sangat sedap. Kredit kepad blogger yang bagi resepi ni kat aku. Tapi aku tak ingat nama dia. Enjoy dan selamat mencuba.. See ya.. :)


Resepi Apam Polkadot

3 biji telur (yg disejukkan dlm peti ais)
3 cawan tepung gandum
2 1\2 cawan gula halus
1 sudu the Overlatte
3 sudu baking powder
1 cawan susu segar/ susu cair
Pewarna
(Boleh letak jem juga didalamnya)

Wednesday, February 22, 2012

.:: REUNION!! ::.

Salam ....

Hai, bertemu kita kembali di hari rabu yang indah ini. Sekejap je rasa masa berlalu. Harini pun dah masuk Rabu yang seterusnya. Alhamdulillah, syukur kepada nikmat yang Allah berikan kerana masih berkesempatan berada dalan keadaan sihat sejahtera. Minggu ni aku nak cerita pasal Reunion kecil-kecilan yang telah diadakan Di Santai Restaurant, Tanjung Lumpur , Kuantan bersama-sama dengan Ex-classmate tahun 1995-1998 di SMATAF, Pekan, Pahang. Walaupu Reunion ni kecil-kecilan sahaja tapi kemeriahannya sangat terasa sebab lama sangat dah tak jumpa. Kalau berhubung pun melalui Facebook. :)


Ex-classmate 1995-1998

Sebenarnya Reunion ni dicadangkan oleh Didie yang kebetulan ada mesyuarat di Pekan. Jadi setelah membuat perbincangan melalui BBM Group, maka ramai yang bersetuju untuk join Reunion kecil-kecilan ini. Aku hampir tidak dapat menghadirkan diri kerana ada masalah kesihatan. Tetapi memandangkan dah lama sangat tak jumpa dengan kawan-kawan 'Kamceng' time sekolah dulu, aku gagahkan untuk pergi. Alhamdulillah, malam yang dijanjikan tu aku dikurniakan kesihatan yang baik. Jadi aku tidak akan melepaskan peluang untuk pergi ke Majlis Reunion tu.


Menjamu selera.....

Seronok sangat dapat jumpa dengan kawan-kawan lama. Bersembang tentang hal rumah tangga, kerjaya, cerita-cerita zaman persekolahan, sangat menggembirakan. Malam tu dipenuhi dengan gelak tawa yang berpanjangan serta hidangan makanan yang sedap-sedap belaka. Alhamdulillah, Reunion kali ini ditaja oleh Didie.. Thanks Didie sebab sudi memayungi kami di malam itu. Semoga murah rezeki, Insyaallah.

Pelbagai menu..sedapppp..

Sekali sekala buat Reunion macamni best jugak. Dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim. Sebenarnya, kami rapat dari tingkatan 1 lagi sehinggalah selepas dapat result PMR yang tak seberapa itu, masing-masing membawa haluan untuk bertukar sekolah. Aku antara orang yang terawal meninggalkan SMATAF kerana mengikut keluarga berpindah ke RAUB, dan ini keputusan yang aku sendiri buat untuk bertukar ke sekolah harian biasa. Jadi bayangkan dari habis tingkatan 3, ada antara mereka ini baru aku dapat jumpa semula. Dan aku akan rindukan suasana zaman belajar disekolah menengah kerana disitu bermulanya zaman yang menggembirakan.. Banyak suka duka kami tempuhi bersama. Kalau dapat kumpul 1 kelas lagi best. Insyaallah, akan datang kita akan plan yang lagi gempak. Sehingga jumpa lagi.. See ya.. :)

Friday, February 17, 2012

.:: TARGET untuk 2012 ::.

Salam...

Hari ni dah pun masuk hari sabtu ( 18.2.2012). Cepatnya masa berlalu kan? Tapi keadaan diri masih tidak berubah. Tapi aku rasa masih belum terlambat untuk aku capai target diri sendiri sepanjang tahun 2012 ni. Masuk je tahun 2012, aku sudah pasang azam baru untuk memulakan hidup yang lebih bahagia dan gembira. Walaupun kekadang dugaan dan cabaran datang silih berganti, tidak kira dari segi masalah peribadi dan masalah di tempat kerja, namun setiap dugaan aku lalui dengan tabah dan redha. Insyaallah. Syukur pada yang Maha Esa kerana memberi kekuatan untuk aku meneruskan hidup sebagai seorang Pendidik dan seorang Hamba yang serba kekurangan.


Target untuk tahun ini ada banyak tapi nak dapatkan atau merealisasikan 2 benda penting dalam hidup. 2 benda ni dah lama aku idam-idamkan tapi masih belum tercapai kerana mementingkan hal-hal lain. Insyaallah aku akan merealisasikan tahun ini dengan keizinan Allah S.W.T. dan rezeki dariNYA. Target yang pertama adalah untuk mendapatkan CAMERA DSLR Persendirian, bukan lagi yang dipinjam-pinjam.. hehehe.. Disebabkan diri ini suka sangat bergambar dari zaman kanak-kanak, aku berazam untuk dapatkannya tahun ini jugak. Lagipun senang nanti kakak dan abang aku nak kawin tak payah nak pakai Jurugambar bagai sebab aku boleh ambilkan gambar dieorang.. hehehe.. Insyaallah.. Sebenarnya dah lama idam-idamkan DSLR ni tapi memandangkan Camera masa zaman belajar kat UiTM dulu masih boleh digunakan lagi, aku simpan dulu angan-angan untuk memilikinya. Harap-harap dalam masa terdekat ni adalah rezeki itu... Amin. :)

Inilah Camera yang diidam-idamkan :)




Target yang ke-2 adalah untuk tukar Mr. Black kepada Ms. White. Dari tahun lepas jugak pasang angan-angan nak tukar kereta tapi masih belum ada rezeki dan atas nasihat keluarga, aku kena tolak tepi dulu untuk memiliki Ms.White. Banyak lagi benda-benda penting yang aku kena dahulukan sebelum mendapatkan Ms. White. Insyaallah, seandainya KWSP boleh dikeluarkan tahun ni, aku akan segera tukarkan Mr. Black kepada Ms. White. Sebenarnya sayang sangat nak tukar Mr.Black tu sebab dah masuk 5 tahun bersama-sama susah dan senang, tapi atas  masalah kesihatan yang tidak mengizinkan untuk 'Drive' kereta manual, aku akan gagahkan jugak untuk dapatkan Ms. White. Semoga pintu rezeki terbuka untuk aku tahun ini dan akan datang. Insyaallah.. Amin.. See ya..

Kereta Idaman.. :)

.:: Bulan SAKIT ::.

Salam.....

Hai... setelah 2 minggu menyepi.. hari ini aku kembali.. Baru pasang azam nak sentiasa UPDATE blog tapi tergendala juga disebabkan masalah kesihatan.  Bayangkan dari persekolahan bermula hingga lah hari ini dah 3 kali aku dapat MC dari Doktor. Mungkin salah satu sebab aku sakit ialah STRESS dengan persekitaran baru di tempat kerja baru. Doktor pun cakap macam tu. Aku sendiri pun dapat rasa yang aku "Hyper Stress".  



Aku mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri untuk masuk ke dalam Oganisasi yang baru. Segalanya baru dan aku hampir-hampir putus asa di tempat yang baru. Semangat dan dorongan dari keluarga, sahabat karib dan orang tersayang sangat bermakna kerana sebab mereka-mereka inilah yang membuat semangat aku pulih kembali. Terima Kasih semua. LOVE u All..




Alhamdulillah setelah 2 minggu mengalami demam selesema, batuk dan sebagainya, hari ni  bertambah baik walaupun hari ni kena follow kat Hospital sebab masalah Kahak Berdarah.. Tadi kena X-Ray sebab takut suspek TIBI...Alhamdullilah semuanya baik-baik aja.. Doktor cakap alahan pada ubat batuk. Tapi still kena follow up kat Hospital Temerloh pulak... Harap-harap semua akan OK... Insyaallah....Amin.. dan mengharapkan selepas ini kesihatan akan bertambah baik dan gembira disamping INSAN-INSAN yang tersayang...  See ya..

Thursday, February 2, 2012

.:: R.I.N.D.U ::.

Salam..

Hai.. hari ni merupakan entri yang ke-2 aku tulis sebab Mood nak menulis  sangat-sangat luar biasa.. hehehe.. sebab tulis entri ni pun nak luahkan rasa RINDU pada Kekasih hati ( cam poyo je ).. 


Macam-macam dugaan yang aku terima sepanjang tahun 2011 sehingga awal 2012.  Tak siapa sangka  musibah yang datang sekelip mata sedang aku mengecap kebahagiaan yang aku cari-cari selama ini.Namun siapalah kita nak melawan takdirNYA.. Satu per satu dugaan yang datang dalam hidup aku. Kebahagiaan yang dicari tiba-tiba terhenti seketika seolah-olah sedang menguji kasih sayang antara kami.


Perasaan RINDU hanya ALLAH sahaja yang tau.. Saat aku gembira, saat aku berduka, saat aku ditimpa masalah, dialah penawar segalanya. Apalah yang "Abg" tengah buat sekarang?? ( semoga cepat sembuh seperti dulu ye.:) )...Namun, aku yakin suatu hari nanti RINDU ini pasti berbayar dengan berkat kesabaran dan ketabahan kami berdua.. Sesungguhnya setiap manusia memiliki impian masing-masing untuk mengecap kebahagiaan. Insyaallah, semoga Allah memberkati hubungan kami.


Inilah kekasih hati saya ( tak penah xpose sebelum ni :)

Dugaan yang datang menimpa kami silih berganti, namun setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Hanya Allah sahaja yang tahu. Semoga lepas ni aku akan terus mendapat kebahagiaan yang kekal abadi. Rindu sangat panggilan syg... rindu sangat nak panggil Abg... Teramat rindu nak ucapkan "Gud nite.. Sweet Dreams... Luv u so much.....:(


Apa-apa pun semoga Abg cepat sembuh dan kembali sihat macam dulu. Sesungguhnya Tuhan dah mengatur segala yang terbaik untuk hambanya... Insyaallah... See ya.. :)


Wednesday, February 1, 2012

.:: Lamanyeee terPERAP ::.

salam..

Hai.. Lamanya terperap blog ni.. dah masuk 2 Februari 2012.cepatnya masa berlalu.. Sebenarnya banyak sangat cerita dan kisah suka duka 2011 yang nak diceritakan tapi 'Mood' tak datang-datang la nak menulis blog.. Tahun 2012 ni macam nak buat azam baru 'mengupdate' blog selagi terdaya...hehehe..

Dah masuk tahun baru.... :)


Alhamdulillah.. dah masuk tahun baru dan bulan baru.. segala rintangan, halangan dan dugaan yang datang dalam hidup aku dari 2011 sehingga membawak pada tahun 2012 ni banyak mematangkan fikiran dan tabah mengharungi segala-galanya... tapi selalu kena sedar bahawa hidup kita ni diatur oleh Allah.. Sesunggugnya Allah menguji orang yang DIA sayang.. hanya dugaan yang datang itu berbeza-beza untuk setiap orang..

Aku mengharapkan akan terus tabah dan sabar dengan dugaan yang diberikan.. Insyaallah.. Semoga berjumpa lagi.. See Ya.. :)