Thursday, March 24, 2011

.:: Bicara tentang sahabat ::.

Salam...

Hai... Malam-malam yang sunyi ni tiba-tiba teringin tulis tetang SAHABAT... kerinduan mula terasa bila berjauhan dan amat terasa bila SAHABAT karib aku ada yang dah berumah tangga dan yang bakal berumah tangga tidak lama lagi...Kesepian mula terasa namum  kehidupan harus diteruskan... walaupun sudah berkahwin, SAHABAT sentiasa akan dikenang dan bersama selamanya..Insyaallah...

Bercakap tentang SAHABAT, teringat plak aku kisah yang baru-baru ni, semasa balik dari bercuti ke Pulau Pangkor bersama-sama SAHABAT yang tersayang, Aku,Ayu,Yun & Adi terus ke Hospital Selayang untuk melawat ayah Ayu yang dimasukkan ke hospital kerana ada masalah jantung. Kami tiba di Hospital Selayang lebih kurang jam 10.00 malam. Jadi sangat la bermasalah pada kami sebab waktu melawat pun dah tamat. 

Tetapi kami bernasib baik sebab Yun yang pernah bekerja kat Hospital Selayang. Yun membawa kami jalan untuk laluan staff. Yun bagi idea masuk 2 orang dan seterusnya 2 orang lagi. Aku dengan Adi dah menggelabah sebab Yun dan Ayu dah tinggalkan aku dan Adi jauh.. Tak tau mana dieorg pergi..last-last Ayu telefon bagitau suruh lalu kat laluan "makGuard" dan bagitau kat "makguard" tu yang kiteorg staff kat Hospital Selayang.. kalo tengok keadaan si Adi ni memang skema..aku rasa Adi tak pernah buat kerja-kerja macam ni..hehehe..nak tergelak pun ada aku tengok si Adi ni.... 

Last-last aku tarik Adi dan masuk ke laluan makGuard tu terus aku cakap 'saya staff'..hehehe..tiba-tiba ada kedengaran suara berkata-kata.."lain kali staff tolong bawa kad ye".. lepas tu terus kiteorg naik ke tingkat 5 untuk melawat Ayah Ayu... bayangkan ward ayah Ayu tu hanya boleh dilawati 2 orang pelawat sahaja tapi padam malam tu kiteorg berempat ada kat ward tu... tergelak-gelak kiteorg dengan keadaan tadi...

Apa yang aku nak sampai kan kat sini adalah,walau dengan apa cara sekalipun, seandainya niat kita memang ikhlas untuk menolong seorang SAHABAT itu, kita akan lakukan dengan cara apa sekali pun.. itu adalah sahabat yang setia...SAHABAT yang sentiasa berada dengan kita didalama apa jua keadaan.. gembira,sedih,duka dan pilu... 

Tetapi akan musnah sesebuah PERSAHABATAN itu apabila dihancurkan akibat salah faham dan ada pihak lain yang cuba menghancurkan sesebuah PERSAHABATAN itu.. dan apabila seseorang itu dianggap SAHABAT susah dan senang tetapi apa yang terjadi sebaliknya, seseorang SAHABAT itu dikhianati  dan ditikam dari belakang, pasti persahabatan yang dibina tadi akan hancur berkecai.. Seandainya situasi begini berlaku pada  diri aku, sesungguhnya kepercayaan aku terhadap seseorang yang pernah dipanggil SAHABAT itu telah musnah dan hancur berkecai... Untuk memaafkan bukan mudah namun kita hanya manusia biasa yang banyak buat kesalahan di dunia. Dengan hati yang ikhlas lagi jujur, seseorg itu yang pernah bergelar SAHABAT tidak lagi boleh menjadi SAHABAT sedia kala... mungkin itu prinsip hidup aku.. dan seandainya ini berlaku pada diri aku, haruslah aku tidak akan mengenali dia lagi selepas ini...

Jadi, sebelum berlakunya situasi begini, aku cuba mengelak dari menyakiti mana-mana hati dan perasaan SAHABAT aku walaupun terkadang pernah DIKHIANATI... Untuk semua yang bergelar SAHABAT aku, aku terlalu SAYANG pada korang..Jangan pernah kita cuba untuk runtuhkan tali PERSAHABATAN yang kita bina bertahun lamanya... Walaupun ada yang cuba mengkhianati, aku harap kita akan tetap teguh dan sentiasa dilindungi oleh Allah..amin....Insyaallah....;)

Kau yang bernama SAHABAT..


No comments:

Post a Comment