Thursday, March 24, 2011

.:: Kepuasan Menjadi Seorang CIKGU .::.

Salam...

Hai.... lamanya x update blog.... arini terasa rajin plak jari jemari ni nak menaip... lagipun hati sedang berbunga-bunga dan gembira... mungkin tarikh ini 23/3/2011 mencipta sejarah pertama kali dalam hidup aku bergelar seorang CIKGU yang berjaya mendidik pelajar-pelajar luar bandar dalam SPM bagi subjek Pendidikan Seni Visual... bila difikirkan balik... ini adalah usaha dan pengorbanan yang telah aku lakukan untuk pelajar-pelajar aku selama ini..ALHAMDULILLAH....

Menunggu tibanya hari pengumuman SPM bakal berlangsung pada 23/3/2011, hati mula resah dan berdebar.. mata susah untuk dilelapkan namun dipaksa juga supaya hilang keresahan dihati... Iye la, ini adalah pengalaman pertama aku mengajar pelajar-pelajar yang amik SPM..;)

Hari yang dinanti-nantikan sudah pun tiba.. melangkah ke sekolah dengan hati yang penuh dengan debaran.. Menunggu di bilik guru dengan penuh ketabahan dan debaran..tiba-tiba dengar bunyi telefon dari pejabat.. aku rasa mcm ade sesuatu je tak kena ni.. tak sampai seminit seorang kerani masuk dalam bilik guru bagitau peratus sekolah naik mendadak.. hati aku dah mula berlagu riang..tapi jangan terlalu yakin sebab banyak lagi subjek yang bagus-bagus...Tepat kul 12.00 tengahari PK Pentabiran yang pergi mengambil Result SPM di PPD pun sampai.. Aku terus berlari-lari masuk ke dalam pejabat.. tak sempat nak tengok Result lagi tiba-tiba pengetua mengucapkan tahniah kepada aku sebab subjek yang aku ajar kekal 100% pelajar lulus dan peratus meningkat..Syukur Alhamdulillah..Banyak ucapan Tahniah yang aku terima daripada cikgu-cikgu sekolah malah aku sendiri tak percaya apa yang sedang berlaku... walaupun ada yang cakap subjek SENI ni tak penting, tapi aku yakin dengan peratusan ni lah dapat membantu peratus sekolah meningkat... Yang paling aku tak sangka ramai yang dapat A..;)

Aku sendiri berpuas hati dengan apa yang aku dah lakukan untuk pelajar-pelajar aku selama ini. Dan aku mengharapkan yang terbaik untuk pelajar, sekolah dan untuk diri aku sendiri.. Syukur Alhamdulillah...

P/s:: **Bukan mudah untuk menjadi seorang CIKGU sekiranya 'mind set' hanya memikirkan ganjaran, gaji dan semata-mata nak kerja kerajaan..minat yang tertanam didalam jiwa dan kesungguhan mendidik anak bangsa juga menjadi titik permulaan bagi seorang yang bakal bergelar CIKGU dan BUKAN kerana semua orang dah jadi cikgu, gaji besar,kerja tetap, kita pun teruja nak jadi CIKGU...Sesungguhnya CIKGU itu telah dilantik oleh ALLAH s.w.t untuk mendidik bukan semata2 kerana GAJI.. Renungan bersama....;) See ya...

No comments:

Post a Comment